Rayyan pun dah 3 bulan lebih skang kan? Ceh tanya pulak, ya mmg betul. Jadi baju tido dia byk yang dah tak muat... Tang badan muat je, cuma tang kaki tu yang tak muat dah. Kaki dia ni panjang. Tapi harap la tak kaki kapal sgt. Insyallah.
Ada gak baju2 pakai hari2 pun dah tak baper nak muat. So we decided to store je la yang 0-3 months and keluarkan baju2 3-6 months now. Sian la pakai baju ketat2 kan?
Terima kasih kpd En Amin kerana tolong punggahkan almari tu and carikan baju2. I pulak tukang lipat and agihkan. Mana nak letak dalam box Pooh and mana nak simpan balik dalam almari tu dan mana jugak la yg nak pegi simpan terus dalam kotak dah.
Sampai siap la kita buat project nih. Wah. Hasilnya mmg lumayan. Rayyan mmg sangat beruntung. Byk sangat present baju yg dia terima. Tgk la kat bawah nih. Thanks kepada semua yg hadiahkan. Semoga tuhan la dapat membalas jasa u all. :)
Pada I ni dah kira byk ok! Kalah collection baju mak bapak dia.. :P

Jadi, saya conclude kan. Baju hari2 rompers style & sleepsuits letak dlm box Pooh dia tu. Senang la, pas mandi terus bukak kotak je. Routine seharian pun begitu.
Baju2 lawa pulak, masih disimpan dalam almari. Lebih kemas biler disimpan kat situ. Seluar kat bahagian dia, top pun kat bahagian dia. Senang nak cari.
Dalam almari pun ikut jugak by months. Supaya senang. Kalau dah time gopoh tu baru nak check, hm takde makna ok! Hehehe.
Cuma kekurangannya ialah, sleepsuits. So kami pun keluar la belikan anak kesayangan sleepsuits nak tido malam dah takde baju pulak dia.
My cousin, Alia, pulak mintak pesan buku dr sini. My aunties are going to be with them nanti. So, kirimkan la sekali. Plannya pegi ke MV Gardens. Coz, mmg ada kedai yang I duk cari - BORDERS & ALDO ( nak usha bag huhu ).
Mmg seronok shopping.. well cari barang la.. malangnya they dont have the books yang Alia nak, not even Rayyan's books by Eric Carle. Got la, but so buruk already!
Pegi ALDO pun, tapi bag yg saya nak takde colour yang disukai. Ada kaler putih, cantik. Tapi PUTIH? Hm, bahaya saya ni kalau pegang beg PUTIH. Seminggu mau jadi belacan bag tu. Pegi FOSSIL - mahal nak tak kena gaya. ESPRIT dah tak WOW! Sila beri cadangan nak beli bag kat mana yang WOW pls!
Anywyas, had to rush back home and buy buka foodies for my dad and bro. Mom was in Singapore for work.
MV Gardens rasa cam best la. Tak ramai orang. Tak abis pun lagi jalan nak usha barang pun. Nak pegi lagi lah!
Tapi I dont like their baby room. Siap ada toilet in there.. Wat the hell for dey? Rayyan was not comfortable at all. And I had to nurse him STANDING! Wo, salute diri sendiri jap masa tu sebab first time and tak sangka leh wat. He was crying and not happy with the place la kot. Interiornya lawa la, ala ala mahal. Tapi, ish. Dont like! Cepat2 settlekan suma and chowzie!
Sedihnya, satu haprak pun takde yang beli. Balik ngan tangan kosong. Bawak balik Nandos je la utk buka. Tu pun sampai umah on time!
Seperti biasa, biler dah penat... anak beranak pun terus tido sampai sahur. Hehehe. Kenapalah saya penat camtu dah eh skang...?
So on Sunday, baru sedar Raya is just the next weekend. Boleh? :P
Siap2. And keluar umah pukul 1pm. First to my tailor dulu. Then to Wisma Yakin to the boys punya tailor. Mak aih. Jammers. 2 Kali pusing, nasib baik laki ku itu dah pandai. Masuk one of the buildings and park kat situ.
Kitaorg jalan bukan main laju. Rayyan in the carrier. Tup tup. Masuk kedai and tried on his baju. Seluar agak besar, but lega! Ingatkan kecik, lagi haru nanti. Dah ckp dah, kalau besar skit takpe, saya boleh lipat kan. Kalau kecik, dah takde makna nya.
We had to tempah as the ready made ones are from 6months and above.
As u all know, mak bapak si Rayyan - TAK RETI SABAR! Heheh. Harus la dia pakai baju melayu on his first Raya. Rite? Baju melayu penting utk saya. Rimas kalau orang tak reti pakai baju melayu/tradisional time raya or kenduri. Pelik.
Then off to The Curve. Pegi nursing room dulu. Ada budak kat luar tu duk melalak. Adoi, berjangkit pulak kat Rayyan. Dia pulak nangis. Then the girl in the next cubicle pun nangis sama. Terjangkit gak. Adoi. Did the standing while nursing tu pun tak jadi. Alamak. Cool him down. Then lama2 baru la dia nak.
Pastu pegi pulak ke Mothercare. Belikan dia baju and paci baru. Ikut umur dia la. Yang dulu pun dah pakai 2 bulan. Kena la tukar ye dak? I sgt suka ngan tangkapan I pada ari tu.
Beli buku Alia. I rasa masa ni, tanya kat info counter. Punya la dia slang cakap ngan I, mamat nih. Terasa macam dia nak ngorat pun ada gak. haha. Gelak2. Wat lawak ngan I. I layan je la gelak. Friendly je la. Ala ala helpful. Seboleh2 nak tolong. Citer pasal fone I sbb I kept the details in my fone... siap tolong bawak I ke buku2 yang duk cari tu. Sekali Amin datang ngan stroller "Oh, are u guys together?" I was like "Yeah, yeah" mata lebih nak semangat tgk buku yang dia kata best tu. Dan dan "Ini la tempat dia, u can cari sendiri. *Thank you* in Korean" and he chowed! Hahahahahaha lawak! Tak pernah budak buku/nerdo ngorat I, so pelik skit.. selalu bad boys je.. Huhu...
Anyways, got her books and one book for Rayyan. This time Daddy pulak yang pilih. Im sure u all pun pernah baca buku ni masa kecik2 dulu kot. Its "Where's Spot?" By Eric Hill. Rayyan LOVES IT! WE are so happy that he loves to 'read'.
Settle segalanya. Bergerak ke One World Hotel pulak. Buka puasa with the fam. Byk selection. Ramai giler! Sampai kena duk kat luar. Makanan sedap la jugak. Ada Caesars Salad. Buat sendiri. Wah Sedap :)
Sampai umah, tak sabar nak pakaikan dia baju baru. Eh, bukan baju melayu. Sleepsuit sudah.
Ni lah, hasil tangkapan utk weekend yang lepas.

Notice the Panda kat sleepsuit dia? Comel kan? Ni dah confuse, mak ke anak yg lebih suka panda nih? Hehe.. 1st birthday bertema kan Panda? Hows that? :)
Maknya masih tak puas hati. Rasa cam nak gi OU balik esok sorang2 ngan Rayyan. :P