Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, September 25

Raya @ Segamat

Amin dah bangun awal dah. Mandi dan siapkan kereta. Cuma I je la yang lambat skit akibat flat malam tu. Tapi lambat pun kul 9am. Ok perrrhh?

Siap mandikan Rayyan. Amin gi load up the car, I gosok baju lagi. Yes berjaya keringkan baju si kenit ni overnite. The power of aircond and suluh dek kipas. Hehe.

Mintak mama kuah sambal sotong & rendang ayam dulu. Yes kena makan dulu sebelum pergi supaya hati tenang sepanjang tahun. Yea lahh.. tahun depan wo baru nak rasa rendang ayam buatan family sendiri. Mahal nih. Tu pun tak tentu tahun depan dapat ke idak. Huhu.

Settle makan. Bersalaman ngan my parents. And I kasi duit raya. Hehe. Sorry adik2 sedaras ku, no duit raya this year. Kakak sedaramu ini, idak la bekerja sementara. Insyallah, tahun depan, seperti tahun lepas… I kasikan? Tapi untuk my parents and brother mesti kasik la walaupun kerja ke tak. Yes, dorang tak mintak atau menantikan duit raya pada I. Tapi I yg suka nak kasi. I masih ada kemampuan itu untuk mereka, dan niat suci murni. Aceh. Hehe.

Sedih gak, as this is the first time Rayyan will be away from them kan… Sian…

On the way adalah jam skit2. Rayyan pulak tido most of the time in the car. Bagus. Only once yang dia mintak susu.

Kami dah bertolak ala ala lepas lunch gitu. Sampai pun dalam pukul 4pm. Rayyan terus diberikan pada Nenek. Hhehe. Ramai gak ada masa tu. Sedara2 Adik beradik Nenek.

It was fun. Just reminded of Raya I masa kecik2 dulu. Kecoh, ramai orang, gelak ketawa. Takde pulak gosip2 kata2 kan? Eh, takde masa la nak gossip. Semua seronok jer.

Nak cerita pasal segalanya aktiviti kat sini, tak dan la…. Hehe tak dan tu maksudnya apa pun I tak tau. Haha. Tapi Cuma tahun ni agak panas skit la kat kampong tu. Last day, Rayyan dah belengeng dah akibat kepanasan. Oleh itu, rashes pun mula naik.

Makan, perghh… pergghh… makan sangat sedap…. I cant get enuff of the sambal terung! Heheh. Its been my fave sejak lama dah.

Second nite kat sana pulak, gi rumah Achun. Rumah Agam, bak kata Amin. Lovely house. Kat sini mmg tak kering gusi tgk gelagat masing2. Malam tu, Order Pizza. Hehe, macam2 cerita and hal ngan orang Pizza tu. Aunty Lah’s girls tunjuk aksi mereka ber-taekwando. Wah. Husna, well to me la. She got it la. J

Rayyan pun ramai dayang2 yang sedia tidokan and bermain dgn dia. Hehe. He’s always smiling, laughing biler di agah. Tak wat ragam, until we all came back last nite. He wants to be dukung and segala. Penat dia kot kan.

Apa apa pun, I had a good Raya this year. Penuh dengan gelak ketawa.

Gambar? Adoi, sgt sgt malas… ehehe.. tunggu la tuan punya camera yang upload. Dia pun malas gak agaknya tu. Haha. Tapi I boleh email kan nanti. Kalau nak, sila bgtau. Eh, tapi taklah semua orang mintak, akan dapat. Tapis nihhhh.. hahah Ramai yang tak kenang jasa baik orang lain. Kau ingat? Haha.

Tapi gambar ramai2 keluarga boleh la.. hehe Nah... sila..

BTW, thank you to Aunty Bah for the lovely presents for Rayyan. Comel jer dia pakai baju2 and the hat! :) and not forgeting Rayyan's Popo, for the sampin. Takper, Insyallah, tahun depan muat pasti hensem dia pakai! I already have the idea nak pakai kaler apa pulak tahun depan! BIG THANKS!

Selamat Hari Raya - First Day 20.09.2009

Firstly,

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin!


How was ur Raya? Mine was exhausted one! Phew! But it was the BEST since I got married la. Hehe. Ada lagi best kot dulu2.

I hope you had a good one too, wherever u are!

Ceritanya? Meh sini. Nak cerita kepada khususnya sedara2 yang berada di Doha & Melbourne itu! Sesapa yg lain nak baca pun ok jer, tak kisah. :P Yg keypochi tapi tak nak ngaku pun boleh baca.

Tahun ni was my turn to Raya with family. We do rotate la, this year is mine and next is my husband’s. Mana dia nak raya when its his turn, is entirely up to HIM. Haha. YES, kena CAPS LOCK kang TAK PAHAM! Hehe.. I akan nyanyi “ I will follow you” jerk..

Yang penting, dah 1st day Raya turn I, 2nd day Raya mesti turn Amin pulak. Rotate. Takde makna nak tunggu 3rd day.

So far, selama kawen nih.. Amin will pilih to Raya kat kampong dia di Segamat. And so far jugak rotation kita berdua ni sgt adil dan saksama. Contohnya macam tahun lepas, nak lanjutkan masa stay di kampong… atas persetujuan kami berdua. Takdenya Amin nak hentak kaki kata STAY jugak! Atau I pulak yang hentak kaki kata NAK BALIK GAK! Oh tidak seperti yang kau ingat, aku ni kejam. Kalau kejam lain… lain rupa nya.. hehe.

Tapi jgn la over, ibu bapa saya masih hidup. Senantiasa menanti kepulangan anak perempuan tunggalnya untuk raya bersama2. Memohon maaf dan bersuka ria. Pesanan penaja : Sila berlaku adil pada suami atau isteri (dan ANAK gak la, tak baik perlekehkan anak sendiri. Dia pun ORANG gak)

Cam biasa, cerita tersasau skit. Hehe.

2 days before raya, my parents dah amik cuti dah. Sebab nak kemas2 umah dan buat preparation lah. Penat la gak orang tua I tu duk kemas satu umah. Tu sobab la nak cari langsir apa segala.

On the eve of Hari Raya, selepas buka puasa… Amin & I pegi ke Cold storage to buy drinks lah. Wat stock biler tetamu mai melawat. Hang pikiaq? Pegi gak beli Mosquito patch & sabun mandi nak bawak balik kampong.

Pehtu singgah pulak ke umah my uncle di SS2, pegi amik lauk raya and also kuih raya sebagai present biler balik kampung nanti. Kena rush time tu coz depa dah nak balik kampong. Sampai umah, kemas lagi skit. Sebab makan sambal sotong yg Auntie Lina Hamid masak. YYUUMMMMMMMMMYY! Sedapnya… harap tahun depan masak lagi la. Hehe..

Tak ingat wat time I tidoq. Amin, biasa la… penat kot kan. HAAHA.. kena la tido awal. Rayyan pun tido awal dah.

First Day of Raya 2009
Amin bersiap2 untuk semahyang Raya di masjid dekat ngan rumah nih. I pulak bersiap kan si Rayyan dan diri sendiri. Kemas2 and tolong la my mom buat breakfast Raya utk kami sekeluarga.

Left the house after breakie and 1st stop to kubur my grandparents dulu. It was my first time after my grandma passed away. Kubur mereka pun dah siap elok ngan batu nisan. Kami anak beranak pun sedekah la Fatihah dan bacaan Yassin. Kemaskan skit2 je pun rumput yang tumbuh. Dan taburkan bunga2 rapai yang mama dah buatkan malam sebelum.

Pada masa ni, Amin & Rayyan was inside the car.

I missed my grand parents. Mata bergenang dgn air mata sepanjang ada kat situ. I held back as much as I could. Got in the car and haaaa mencurah2 air mata yang jatuh. Nangis. Rindu. Sedih jugak tak dapat raya bersama lagi.

Selama ni tak pegi pun sebab ni lah. I don’t know how/if I could be strong. Tak nangis la. Mmg redha dgn pemergian. Cuma ntah la. Susah nak ckp. They are like my own parents. I don’t show it, but they meant the world to me.

Sepatutnya next stop ke kubur Atok pulak. My dad’s father. But plan tu cancel sebab hari TERLAMPAU panas and plan pegi balik masa petang.

Jadi kami pergi ke rumah nenek di Taman Tun. Jumpa/ Ziarah Abah’s eldest sister, Aunty Mon. Lepas tu kami anak beranak singgah pulak ke rumah my aunty. Aunty Nom pulak. Met the lil boy, Elhan. Rayyan’s 2nd cousin. We spent a lot of time gak di sana. Lagipun hujan. Mee hoon yang sedap. Nak tambah, tapi kenyang. Hehe. It was good seeing them again.

Destinasi seterusnya pulak ke rumah my mom’s eldest sister. Oleh kerana kita ni, dah takde atok/nenek. Makcik/pakcik yang paling tua la tempat kami nak ziarah. Rumahnya di Putrajaya.

Giler best. Lil Khalis and adiks beradiks was there too! Yeay! Happy that turn Raya KL kami sama. Hahah. Meaning the next time we Raya KL, dorang pun akan ada. So best lah! Makcik and family was there too! We didn’t stay long. Had to make our move to Ayah Jone’s place in Shah Alam.

Kat Shah Alam pun tak stay lama. But seronok jumpa mereka lagi. Kat sini Rayyan dah byk kali datang. Hehe. Dia dah kenal umah! :D

Dalam pukul 8pm, kita pun bertolak balik ke rumah. Another uncle of mine, Ayahcik punya turn pulak nak datang beraya ngan kami. Hehe. Sian mereka anak beranak penat. I sat with Fira and chit chat ler. Apa lagi? The boys pulak tgk bola & main Wii!

Mereka balik around 12am I think. Rayyan pun tido. I pun blum pack utk balik kampong esok paginya. Boleh? Hehe. My mom pun dah tak semangat lagi nak kemas and basuh pinggan. Kesian.

I pun dah penat gak.Tapi byk menda nak kena wat. Mula2 turun and basuh baju Melayu Rayyan utk dipakai balik Kampung. Oih, RAYA! MEsti la balik kampong berbaju melayu handsome anak mummy kan. Haha.

Kemaskan gak meja makan and pinggan mangkuk. Kesian and sayang kat mak punya pasal kan. Sekali si kecil menangis da… nak mak dia. So I buat pun takat mana yang termampu la. Hehe. Janji kemas kan.

Pas dah siap basuh baju, cari pulak port mau kasi kering. Wah. Gosok baju lagi. Pack lagi. Mak aihhhhhhhh…! Penat, ko ingat? Sendiri sorang2 buat ok? Takper, Rayyan dah besar dia akan jadi RAJIN and tolong mummy dia. Yes, harapan nusa bangsa. Hehe. Janji di bentuk dari awal kan.

Dah siap segala, I pun pengsan di sebelah Rayyan. Haha. Tido sampai ke pagi.

Ini lah cerita masa first day. First time pegi lawat umah ke rumah. Uish. Mmg sangat penat tapi seronok tak terhingga…! Yang penting saya dapat makan RENDANG AYAM, SAMBAL SOTONG, KUAH LODEH yang banyak tauhu, KETUPAT & KUAH KACANG!

Sedara mara yang ku kasihi, sila la simpankan lauk2 seperti di atas pada tahun hadapan, bile anakanda/cousin-da/kakandamu ini pulang pada hari Raya kedua nanti ya?

Monday, September 14

Weekend last sebelum Raya!

Rayyan pun dah 3 bulan lebih skang kan? Ceh tanya pulak, ya mmg betul. Jadi baju tido dia byk yang dah tak muat... Tang badan muat je, cuma tang kaki tu yang tak muat dah. Kaki dia ni panjang. Tapi harap la tak kaki kapal sgt. Insyallah.

Ada gak baju2 pakai hari2 pun dah tak baper nak muat. So we decided to store je la yang 0-3 months and keluarkan baju2 3-6 months now. Sian la pakai baju ketat2 kan?

Terima kasih kpd En Amin kerana tolong punggahkan almari tu and carikan baju2. I pulak tukang lipat and agihkan. Mana nak letak dalam box Pooh and mana nak simpan balik dalam almari tu dan mana jugak la yg nak pegi simpan terus dalam kotak dah.

Sampai siap la kita buat project nih. Wah. Hasilnya mmg lumayan. Rayyan mmg sangat beruntung. Byk sangat present baju yg dia terima. Tgk la kat bawah nih. Thanks kepada semua yg hadiahkan. Semoga tuhan la dapat membalas jasa u all. :)

Pada I ni dah kira byk ok! Kalah collection baju mak bapak dia.. :P

Jadi, saya conclude kan. Baju hari2 rompers style & sleepsuits letak dlm box Pooh dia tu. Senang la, pas mandi terus bukak kotak je. Routine seharian pun begitu.

Baju2 lawa pulak, masih disimpan dalam almari. Lebih kemas biler disimpan kat situ. Seluar kat bahagian dia, top pun kat bahagian dia. Senang nak cari.

Dalam almari pun ikut jugak by months. Supaya senang. Kalau dah time gopoh tu baru nak check, hm takde makna ok! Hehehe.

Cuma kekurangannya ialah, sleepsuits. So kami pun keluar la belikan anak kesayangan sleepsuits nak tido malam dah takde baju pulak dia.

My cousin, Alia, pulak mintak pesan buku dr sini. My aunties are going to be with them nanti. So, kirimkan la sekali. Plannya pegi ke MV Gardens. Coz, mmg ada kedai yang I duk cari - BORDERS & ALDO ( nak usha bag huhu ).

Mmg seronok shopping.. well cari barang la.. malangnya they dont have the books yang Alia nak, not even Rayyan's books by Eric Carle. Got la, but so buruk already!

Pegi ALDO pun, tapi bag yg saya nak takde colour yang disukai. Ada kaler putih, cantik. Tapi PUTIH? Hm, bahaya saya ni kalau pegang beg PUTIH. Seminggu mau jadi belacan bag tu. Pegi FOSSIL - mahal nak tak kena gaya. ESPRIT dah tak WOW! Sila beri cadangan nak beli bag kat mana yang WOW pls!

Anywyas, had to rush back home and buy buka foodies for my dad and bro. Mom was in Singapore for work.

MV Gardens rasa cam best la. Tak ramai orang. Tak abis pun lagi jalan nak usha barang pun. Nak pegi lagi lah!

Tapi I dont like their baby room. Siap ada toilet in there.. Wat the hell for dey? Rayyan was not comfortable at all. And I had to nurse him STANDING! Wo, salute diri sendiri jap masa tu sebab first time and tak sangka leh wat. He was crying and not happy with the place la kot. Interiornya lawa la, ala ala mahal. Tapi, ish. Dont like! Cepat2 settlekan suma and chowzie!

Sedihnya, satu haprak pun takde yang beli. Balik ngan tangan kosong. Bawak balik Nandos je la utk buka. Tu pun sampai umah on time!

Seperti biasa, biler dah penat... anak beranak pun terus tido sampai sahur. Hehehe. Kenapalah saya penat camtu dah eh skang...?

So on Sunday, baru sedar Raya is just the next weekend. Boleh? :P

Siap2. And keluar umah pukul 1pm. First to my tailor dulu. Then to Wisma Yakin to the boys punya tailor. Mak aih. Jammers. 2 Kali pusing, nasib baik laki ku itu dah pandai. Masuk one of the buildings and park kat situ.

Kitaorg jalan bukan main laju. Rayyan in the carrier. Tup tup. Masuk kedai and tried on his baju. Seluar agak besar, but lega! Ingatkan kecik, lagi haru nanti. Dah ckp dah, kalau besar skit takpe, saya boleh lipat kan. Kalau kecik, dah takde makna nya.

We had to tempah as the ready made ones are from 6months and above.

As u all know, mak bapak si Rayyan - TAK RETI SABAR! Heheh. Harus la dia pakai baju melayu on his first Raya. Rite? Baju melayu penting utk saya. Rimas kalau orang tak reti pakai baju melayu/tradisional time raya or kenduri. Pelik.

Then off to The Curve. Pegi nursing room dulu. Ada budak kat luar tu duk melalak. Adoi, berjangkit pulak kat Rayyan. Dia pulak nangis. Then the girl in the next cubicle pun nangis sama. Terjangkit gak. Adoi. Did the standing while nursing tu pun tak jadi. Alamak. Cool him down. Then lama2 baru la dia nak.

Pastu pegi pulak ke Mothercare. Belikan dia baju and paci baru. Ikut umur dia la. Yang dulu pun dah pakai 2 bulan. Kena la tukar ye dak? I sgt suka ngan tangkapan I pada ari tu.

Beli buku Alia. I rasa masa ni, tanya kat info counter. Punya la dia slang cakap ngan I, mamat nih. Terasa macam dia nak ngorat pun ada gak. haha. Gelak2. Wat lawak ngan I. I layan je la gelak. Friendly je la. Ala ala helpful. Seboleh2 nak tolong. Citer pasal fone I sbb I kept the details in my fone... siap tolong bawak I ke buku2 yang duk cari tu. Sekali Amin datang ngan stroller "Oh, are u guys together?" I was like "Yeah, yeah" mata lebih nak semangat tgk buku yang dia kata best tu. Dan dan "Ini la tempat dia, u can cari sendiri. *Thank you* in Korean" and he chowed! Hahahahahaha lawak! Tak pernah budak buku/nerdo ngorat I, so pelik skit.. selalu bad boys je.. Huhu...

Anyways, got her books and one book for Rayyan. This time Daddy pulak yang pilih. Im sure u all pun pernah baca buku ni masa kecik2 dulu kot. Its "Where's Spot?" By Eric Hill. Rayyan LOVES IT! WE are so happy that he loves to 'read'.

Settle segalanya. Bergerak ke One World Hotel pulak. Buka puasa with the fam. Byk selection. Ramai giler! Sampai kena duk kat luar. Makanan sedap la jugak. Ada Caesars Salad. Buat sendiri. Wah Sedap :)

Sampai umah, tak sabar nak pakaikan dia baju baru. Eh, bukan baju melayu. Sleepsuit sudah.

Ni lah, hasil tangkapan utk weekend yang lepas.

Notice the Panda kat sleepsuit dia? Comel kan? Ni dah confuse, mak ke anak yg lebih suka panda nih? Hehe.. 1st birthday bertema kan Panda? Hows that? :)

Maknya masih tak puas hati. Rasa cam nak gi OU balik esok sorang2 ngan Rayyan. :P

Wednesday, December 10

Hari Raya Haji

Not as I expected...

I got pretty upset half of the day...

the only thing that cheered me up was having Lil Khalis and Lil Cik Da around with their jokes and just them being them...

A few ppl that I didnt want to meet or be in the same room with, esp during Raya... was there.. the whole day... aish...! Some ppl who just cant just shut their bloody mouth with nuthing better things to say... ok, thats just one actually. But, as much as I didnt want to let that effect me, but it still does till today...

I wish I can tell that person off... but thats not how my parents taught me.. well, to be disrespect with org tua... SO lucky la sgt that person..

Im preggie, and havent you heard... dont mess with us ppl? My mood is so tak menentu...

The other good part is, I was at my parents... I miss my room so much.. I miss having everything that I had.. I miss being alone in my own room, doing my own thing... all I think about is just myself in that room... I had my own privacy...

Just radio and MY selecion of songs... temaning the whole time.. goshh!

With the baby that will be coming in 5 months time... I can just forget bout that alone time kan? hehe... Well, at least I will be with someone that I will LOVE unconditionaly and someone who will not HURT me.. well, for that point of time la... harap2 masa dah besar pun tak la...

Oh, I did 5 ketuls of ketupat on my own..! yeay, earlier I was so bengang coz I totally lupa how to do, sekali, my auntie tunjuk balik the part where I got stucked.. hehe.. so happy...

My rayas are not the same anymore.. missing my grandparents, oh so much.. Well, Im just so used to having them masa all the rayas.. with my cousins and now most of them are married and since dah takde mak tok, lagi la kurang yg beraya kat ss2 tu.. sad.. sad.. sad..

but, still, my uncles still made a point to raya sana gak.. bermakna la gak rayaku itu... with oh so sedap punya rendang.. hehe.. raya just means alot to me.. coz, ntah la, dari kecik... raya tu has been a BIG thing for me.. and my grandparents.. and mom tak pernah miss to make sure that I have (and bro too) baju raya and lengkap la segala nya for raya... yeap, with her own $$..

Ohh, did I tell you...? Puas la tahun ni makan rendang ayam and ketupat, kuah lodeh and sambal sotong.. yum yum yum... dah setahun terlepas makan rendang family sendiri.. so, mmg tak lepas peluang la.. kira2 ada la 4 round makan that day jer.. best best best...! kalau tak, mmg cam tak lengkap jer raya.. tak pun the next day dah rasa cam "adoii nyesal nya tak makan puas2"... this time, not the case! mmg suka and puas!!

Lagi2 rindu gak time ss2 frens will wat rondaan ke umah fat then umah farah.. tho jarang2 la i join dorang nih, tapi biler dpt tu mmg best la.. hehe..

but, I shud count my blessings... I still have my parents.. married and alive.. I get to spend another raya with them.. so, if its my turn to raya with them, I dun give a toot of anything else that comes between... coz, sepanjang dorang masih hidup.. cherish every moment you can with them.. coz kalau dah terlambat, takde maknanya dah... takyah la time tu baru nak nyesal pelbagai.. so, I am so so looking forward to raya puasa with them next year.... more than anything in the world...

nah, we didnt take any pics.. coz ntah la.. takde mood jer..