Monday, August 31

Haapppyyy!

Selain kemaruk pada bag yang sangat sangat dan sangat lawa itu, saya jugak sangat sangat kemaruk kepada tudung. Yes. Tudung!

Walaupun saya bukan la pemakai tudung tapi sangat obses dengan tudung. Entah mana datangnya, tapi takde la tiap2 minggu pegi ke jalan TAR (sebenarnya MMG NAK kalau boleh!). Kalau ada kawan la best, boleh bagi pendapat sama.

Baper byk tudung yang saya ada? Tak byk la sampai berpuluh puluh. Ada la dalam 10 helai kot. Ala ala bawal ke apa nama nya pun tak tau (tapi ngaku obses kan? Huhu) Yang pasti, saya mmg suka. Tudung2 tu suma blum pernah di gayakan betul2 pun. Selalu main sarung je time kenduri. Sebab time tu pun, blum mahir nak fesyenkan tudung tu.

Niat nak pakai tudung terus, mmg ada. Sangat iginkan nak pakai tudung. Tapi I believe that nak pakai tudung mmg kena commitment. Mmg jadi Muslim yang sejati, sebab dah memakai tudung sebagai menjunjung imej wanita Islam sejati. Betul tak?

Kalau pakai kena pakai all the time. Kalau pakai tak boleh ada niat nak bukak pulak in future. Kalau pakai, sembahyang kena penuh. Kalau tak penuh pun, 3/5 tu ada la kan. Lama lama nanti penuh lah. Kalau pakai kena adab sopan. Pakaian pun kena sopan.

Bukan nya takde ciri2 ni suma, tapi masih tak cukup. If I were to pakai tdung arini, and esok pakai skirt pendek. Mak aih. Mempersendakan hukum menutup aurat. Macam buat2 main. Nak pakai ke tak nak ni tudung? Kejap tutup aurat, kejap bukak aurat ya raabbi. Ataupun, ada masalah dalaman kan..? Confuse diri sendiri? Aish. TAK NAK!

Nak pakai tudung, mmg kena betul2. Bukan sebab fesyen pun ya.

Oklah cukup la teori saya pasal niat saya nak pakai tudung tu. Yang penting, saya AKAN. Insyallah. Minta tolong lah doa kan untuk saya. Kalau lagi cepat lagi bagus. :D

Cerita yang dah meleret saya ni sebenarnya nak share la, yang semlm, Birthday Rayyan, mummynya pegi beli present untuk dirinya sendiri. Huhu. Iaitu, tudung serba hitam dari Sri Munawwarah. Hihi... Sukkkkkkkkkkkkkkkkaa nya saya. Harganya RM50. Mahal ke? Hehe. Ni lah tudung paling mahal saya beli. Selalu pun RM 15 jer. Hehe.

Saya mmg suka kan. Senang pakai tudung ni pun. Sebenarnya dia ala ala anak tudung. So boleh pakai la ngan tudung yang saya dah ada tu kan. Camna gayanya nak pakai, saya belum pasti. Hehe.

Malam tadi, sampai nak tido, saya pakai tudung tu. Suka kan.

Biler masuk kedai tu, rasa cam wahh sangat syurga ok! Banyak sgt tudung kat situ. Lagi mahal dari tudung saya tu. Budget saya RM50 pun. So stick to it la. Insyallah, lain kali kan? Hehe. Macam nak pegi lagi nih. Ada sesapa nak gi? Meh saya teman. Sebab nak sibuk jer.

Ni lah dia tudung yang saya beli tu.


Lepas beli tudung tu, singgah la ke kedai makcik saya di sebelah je ngan kedai Sri Munawwarah nih. Mintak sambal cili cuka yang my mom pesan... asik dia sebut je nak cili tu.. so saya mesti tunaikan. Makan ngan tauhu goreng semlm. Waduss sedap.

Beli jugak kuih muih juadah buka puasa. My dad mintak beli karipap, my mom mmg teringin nak Ondeh2 buatan cousin saya tu (tapi tak tau la dia yang buat ke tak kali nih), satu lagi kuih keria 3 biji which I thot sedap nya. Rupa2nya setelah 10tahun kenal, baru la Cik Abang Amin bgtau yang Kuih keria tu kuih favourite dia. Rupaanyaaa kan. Kecik2 saya selalu tolong nenek saya buat kuih tu, bie. Ish Ish. Nanti I try wat kan utk you. Cari resipi dulu.

Oklah, saya nak bersiap utk berbuka puasa bersama Ayah Jone and family! Sure best! Bye!

Sunday, August 30

At 3 Months


Rayyan is 3 Months today :) Wah, sangat la cepat je rasanya masa berlalu kan? Masih segar di ingatan, hari penuh bermakna itu. :)

Perkembangan Rayyan sehingga ke hari ini:-

  • Dapat 'fully support' his head and neck. If you hold him up or if he's on his tummy, memang kepala dia dah boleh support. Siap boleh pandang kiri kanan. Oh, kalau buat cam superman pun badan dia keras je, takde la lembik kan. "Fly me to the moon" I panggil. So dia tau la nak wat apa.
  • Dah mula ada pattern tuntuk nap. Around 2pm, 4pm, 7pm, 10pm, 11pm. Wakes up around the same time during the nite- 230am and 530am. Tapi nap dia ni tak lama, sekejap2 sajer.
  • Tak perlu sangat didodoi and swing sgt untuk tido. Kadang2 dah boleh letak je dia comfortably on his empuk pillow, with his blankie and pacy. He can tido sendiri dah.
  • Dah boleh grip benda. Our hands, his blankie, and a few times we caught him pegang his paccy. Wahh!
  • Baru baru ni pulak, masa susu, nak kena ada blankie bersama dia. Kalau tak dia nangis, cam tak cukup syarat. Rupanya, nak blankie teman. Amboi.
  • Suka baca his book. Akan respond macam dia paham. Cakap cakap sama. Ada page yang dia suka. Which is the page ada tunjuk banyak makanan - Chocolate cake, Ice Cream, Swiss cheese and yada2. Also a page where the caterpillar is no longer tiny. Its BIG. And the gambar, dah penuhi the page. Dia mmg suka page tu.
  • Mmg dari dulu dia suka orang datang dan berborak dgn dia. Skang dah pandai response. Pandai dah nak interact, menjawab. Macam paham. Banyak pulak yang keluar dari mulut dia. Coo. Akek. Akoo.Akung.Waa.Haa. Gelak ketawa cam kelakar jer.
  • Oh, pandai gak berbubble kan air liur di mulut. Amboi. Arini dah start meleleh ayaq liuq..
  • Kaki and tangan dah makin kuat menendang. Kuat tu bermaksud KERAP and POWER btul. Kadang kalau kena tendang ngan dia, tergerak la jugak. Haha. Sabar je la.
  • Kaki dia jugak dah boleh angkat, 90degrees dah rupa badannya biler dia angkat tu. Hehe. Cute sgt.
  • Sangat mesra ngan orang. Senang senyum. Tak memilih ngan siapa nak dukung dia. Boleh jer sesapa pun nak dukung. Agah je la sesapa pun, dia akan senyum dan gelak.
  • Can be left alone on the bed/cot and play with himself (or with blankie/panda).
  • Still in love with Yuna and Panda and Blankie :)
  • Sleeps with his eyes separa tutup. Like the mommy. Stretch macam orang tua biler dah bangun. Hehe funny! This part, we have in common la. :P
  • Rambut pun dah makin banyak and panjang.
  • Feeding time pun mentens at 2-3hours. Alhamdulillah. Masih fully-exclusively breastfed.
  • Nangis dah tak melalak macam dulu, dia bagi warning ala ala 'hek hek' dulu, kalau still tak attend.. he will menjerit la. Hehe, that's quite fair la kan.
  • I can now mandi in the mornings and let him be alone in his cot... dia tak nangis. I was suprised. He was quietly baring. Even his monitor dah abis mainkan lagu. Wah.
  • He likes lampu dan kipas. Tengok jer. Lampu tu kat belakang dia pun, sanggup jer nak dongak2 and pandang lampu tu. Terpesona.
  • Tak meracau kalau pegi umah orang lain. Nak tido ke apa ke, dia menten jer. Nak susu, mintak gak.
  • Once he is put in his car seat, waahhhh... senyum lebar. Suka, tau yang dia nak pegi berjalan. Haha. Sepanjang pakai seat belt tu, dia senyum.
  • Lepas mandi, dah tak nangis. i give him time for him to splash2 and all. But not too long lah.
So far, ini ajer la dulu. Yang boleh nak ingat. :P

I am so happy and syukur that I have the chance to jaga Rayyan from birth sampai la sekarang. Dapat tgk his every step and bond with him. We might not get this chance again in future kan. I will start work nanti, so... I'm guessing I will be as busy as I was before. Time with him sangat suntuk la. Rasanya la. I hope not. I am willling to be a SAHM, but i believe that I need to earn my own money. For my future, for my kids. If anything, we will be covered, financially kan. And I just think its fantastic to be able to spend for myself, kids, and my parents. I want to be able to help them when they need me. Let's just see. :)

Thursday, August 27

Kenapa ...?

Kenapa hati ini sangat sangat terlampau inginkan bag GUCCI?
Kenapa?
Kenapa bag GUCCI ini sentiasa bermain main di fikiran ku?
Sebelum ini tak pernah pun muncul?

Biarla apa apa design pun... lagi best kalau yang classic lah...
Sling ker... Eh, apa saja la... saya akan terima ngan hati yang sungguh gembira!

Ni kadang kadang sampai ada perasaan nak beli yang tiruan pun dah tak kisah dah nih.
Ish. Teruk sgt dah nih.

Ni bukan semata mata nak ada bag jenama ni jer. Bukan begitu. Memang saya dah jatuh cintan dengan semua bag keluaran mereka. Ces! Bukan satu jer. Nak pilih yang fave pun mata ni dah ala ala pusing cam jackpot!

Kalau tak pun, bag dari Valentino pon saya sukak! Riben2 pada bag.. huiishh pun sangat kesukaan saya... yes, selain sukakan Awan dan kaler purple.. saya sangat suka pada motif Ribbon! Kalau ada anak perempuan, habisku ribbonkan dia dari hujung kaki sampai ke hujung rambut. haha.. ok, cam biasa saya selalu lari daripada cerita asal.

Macam mana nih?
Ada ubat ke untuk orang orang yang macam nih?

Tuesday, August 25

Artis

Kadang kadang hidup ni rasa cam artis pelakon terbaik jer.

Sering dijadikan bahan bualan, dipersoalkan tentang cara hidup ataupun masa depan, gossip sambil berkumpul adik beradik, di beza-bezakan, diperli dan diberi nasihat tanpa dipinta, disalah tafsir dan macam macam lagi la, tapi bila berjumpa saya, senyuman manis yang diberikan.. Aww!

Interesting sangat ker saya dan keluarga saya nih? Hehe.. mungkin la, sebab tu tak henti henti dijadikan bahan, bukan?

saya di besarkan oleh mak bapak dan atok2 yang tidak melenting dengan perbuatan jahat orang lain terhadap kita. Selalu bersabar dan tidak mengaibkan orang. Hanya berserah dengan Tuhan akan balasanNya. Tema saya -

"Biar orang buat kita, kita jangan buat kat orang tu"

Lebih baik hanya berdiam diri. Tidak sedikit pun rasa tercalar di hati, marah and dendam yang kami simpan. Tiada perasaan mahu melenting atau membalas 'budi keji' mereka tu.

Walaupun selama ini, saya tidak pernah sekali pun kurang ajar atau bersikap tidak baik pada mereka. Aish. Entah lah.

Takper, Teruskan, Insyallah. Hapuslah LEMAK dan dosa kami korang makan. Heh.

Kami akan teruskan dengan hidup kami yang sederhana tetapi sempurna ini dengan gembira sekali. Alhamdulillah.

Cubalah bersikap positive.. berani tampil dan nyatakan perasan marah/tidak puas hati secara dewasa. Insyallah, dengan cara itu.. banyak lagi manfaat dan keakraban yang kita masing masing akan terima.

Saling memaafi.. bersatu.. sayang menyayangi.

Masa dalam kehidupan terlampau singkat. Pabila sedar, semuanya akan berakhir dengan begitu pantas sekali, jadi usah buang masa dengan perkara temeh. Semuanya boleh diselesai.

Hargai kehadiran setiap rakan/keluarga yang anda ada sekarang.

Yang paling saya gembira sekarang - Setan tidak lagi disembunyikan, rupanya sudah dapat diperlihatkan. Sedikit demi sedikit. Terlampau lama setan ini hidup dalam bayangan malaikat. Masanya sudah tiba. Muahahaha.. I am having the last laugh! Thank you very much.

Sunday, August 23

Ramadhan Weekend

On Friday, made appointment with Paty to meet up after work. Just lepaked and gossip la seharusnya. hehe. Had a lot of fun. Mmg tak banyak masa pun, tapi redah gak. Brand outlet harus di redahi! hehe

Masa tak cukup sebab laki masing masing nak gi terawih.

I straight went to SS2 coz meet up ngan Amin kat sana. Brought along his baju and apa segala untuk dia bersiap. While dorang suma pegi terawih, Tina, Fira, Rayyan and I stayed home. Tak lama lepas tu, Ayah Jone datang bersama orang2 Sg Petani - Sera, Eca and Azri.

On Saturday, menu bukak puasa was Kari ayam, Ikan Terubuk Cili, Fish ball soup and Mushroom Termpura. Terbaik! Sedap la pulak Mom now masak kari jenis yang kering tu. Adoiiiii....

Lepas buka, bergegas siapkan Rayyan and then ke rumah SS2 lagik. Sbb, nak semahyang Terawih la jugak. Stayed at home je la with Tina & Rayyan. Pastu upacara melepak lepas mereka2 yang wat 8 rakaat. Huhu.

On Sunday pulak, menu buka puasa yang lebih sedap iaitu Mee Kari. Fuishhh terbaik lagi la! hehe Nasib baik ada sikit lagi untuk makan lunch esok. Huhu. Ya, ari kedua dah uzur. Tapi kira ok la tu...Tapi ala ala buka la gak tadi. Menghormati orang yang berpuasa. ehh jap, means that time raya saya akan uzur ke gak? Adoi, tak best camni. Harap2 idak le ye.

Arini sebenarnya dah wat appointment ngan Barbara, our hairstylist utk memotong rambut with Alia. Tapi sbb sesat and mmg lambat pun sampai dah nak dekat kul 1pm. Rayyan tinggal bersama bapaknya. Jadi stock susu kena la ada. Itu yg wat lambat, lagi rush lagi la stock taknak kuar. :P

Siap bawak gambar nak tunjuk dia yang mana rupa style yang I nak. Nasib baik bawak, dia tau la apa nak wat kan. Selalu terkebil2.

Apa apa pun, rambut baru dah skang. Sebab naik seronok pulak berambut panjang nih, menten length dia, tapi trim skit... buat layered and hi lites. Saja nak simpan my waves kat bawah tu. I like my natural hair. So takde makna nya nak straighten. Eww, khai ke apa! Cuma next time, nak wat relaxer cam Alia tu gak. I did once before, sukanya biler bangun pagi, rambut dah cantik.. pegi class rambut takde frizzy.. wah, mmg best. Tak mahal mana sgt pun... I think la. Since rambut dah panjang.. hmm.. tgk la nanti. Tadi pun kecek kat Barbara, budget RM 200 je nak wat semua tu. Dia senyum and kata tak dapat, jack! Pastu dia pegi kira2 balik and kata boleh... sekali ngan hi lite satu kepala style...

Caya la lu Barbara! (Kalau Spanish dah panggil Bara bara! haha)

Dah pegi ngan dia berzaman lagi dah. So, harus la ada discount kan. Dia gunting rambut mmg bagus. Walaupun dah panjang, tapi dia ttp look manageable. Bukan yang type bersepah time dah lama tak potong tu kan. Tu yg berbaloi duit pegi ngan dia tu. Ni pun dah masuk 2 tahun tak potong... boleh? Cam tak caya. Sebab tu dah rupa pontianak dah sebelum nih.

Ntah camna dia tau, dia mintak tgk gambar Rayyan.

"Ehh, look like ur husband eh?" Waahhh ye ker? uhuhuh Rayyan lagi hensem, pls! Hahaha.. tengok la mak nya sapa.. :P rupa bapak dia samar samar jer... hahahahah..

Yang penting dia tau Amin tu husband kan. :P Dia ingat ke? Eish.. musykil gak, tapi tak tanya la. Gelabah tau asik keja bertanya orang. Rimas.

Skang baru tau, rumah kedai dekat ngan umah nih ada satu Supermarket. Wah, kalau Mom lupa beli barang.. dah jadi cam tugas terbaru untuk pegi belikan. Tapi bukan merungut. Suka la pegi kedai tu... Parking senang, mmg i suka pegi kedai camtu. Ala ala small Giant type kan. I tak suka pegi pasar, bukan tak pernah tapi keadaan kat situ tak berapa nak suka. Zaman remaja la mulanya, asik kena bersiul, i kan pemalu jadinya rimas dan tak suka... haha.. fobia ke apa jadinya.. haha.

Tapi pasar tu fresh, part tu suka...

Masa kecik2 pasar tani ari sabtu tu, wajib pegi ngan Tok Bah & Maktok. Beli Susu kaler pink - Strawberry la tuh. Heh. Pastu beli banyak untuk stock and orang2 yg tak pegi tuh.

Oklah, dah menguap.. I tido dulu. Esok laundry day! Banyak baju nak basuh nih.

Selamat berpuasa!

Saturday, August 22

Selamat Berpuasa

Hi again.

Selamat Berpuasa dan menunaikan ibadah pada bulan RAmadhan yang mulia ini.
Semoga dilakukan dengan sempurna.

Jika ada silap dan salah, harap di maafkan.

:)

Tho that I'm breastfeeding, I will still puasa. Only kalau mengacau stock, baru la saya akan buka. Lihat la bagaimana. Saya masih baru. :)

Wednesday, August 19

Bud's Birthday!

Happy Birthday, Patty!

May you have a great one... and segalanya yang aku dah wish dalam SMS tu... hehe

LoVE LOVe!
Sha & Mr Jibam

Monday, August 17

He loves water!

Dulu, everytime mandi... I didn't take my own sweet time. I did it fast chop chop and I am done!

Tak nak dia so kecik and duduk dalam air lama sgt. Our room dah la ber aircond. Tho I do switch it off time nak mandikan dia. Tapi alaa, sejuk nanti kesian la.

I always tot he didnt like to pakai baju. Or maybe he wassss cold kan.

The thing is, he is all happy when he's inside the tub. Hmm.. he'll be laughing and talking and layan lahh.. :)

But once I angkat dia, terus la melalak. Marah btul.

So, for the last 3 days, I penuhkan tub tu dengan lebih banyak air. Sabunkan dia all at once and terus jirus suma terus. And then biarkan dia bermain dengan air.

Wah suka! Suka sgt. Berpaddle paddle in the water. Hehe. He was having so much fun!

Bila dah times up. I just told him dah cukup for the day and its time to pakai baju. And he obeyed. Like understand gitu.

He didn't cry. Wah! I quickly pakaikan his baju as fast as I can. and viola! No cry.

Alhamdulillah. Win win situation here. Kejap kay baby, a few more months kita beli pool!

He also loves his blankie! Wants the blankie when tido time and susu time. So I wud say its kindda easier to tidokan him nowadays. He dah kindda develop his nappy time now. Tido dah makin lama. So good! Hope he gets enuff sleep ya? And tonight he's back sleeping in his cot! Yeay! I hope this time akan stick la.

I don't have problem with him sleeping with us. But it can be dangerous. In fact, we both lagi suka if he tido with us. I get to peluk him. Haha Yes, I peluk Rayyan bile tido. Not Dad anymore. :P the feeling is so best. His skin, oh god. He's just there and Im missing(?)him.

Oh no. I feel like I want to bring him back to our bed la! Geez, most prolly I will!

Thursday, August 13

Sorority Life @ Facebook

I was first invited by Along ( Fat's sister) months months ago. I joined and didn't have a clue how to play the game. Just did the basic like got myself a character, job, clothes and yada yada.

Along je seronok main, walhal I ngan Fat confuse giler as how to play the game. Looks fun. But, how the hell do you play?

I ignored the game until last week when Amee asked to join the game la. I told her I dunno and she said she will ajar how to. But that nite I tried to figure it out myself.

Heh.

I am still learning. I am not too sure whether I am doing it correctly, whatev I am already at level 22! I've collected alot of bajus, wigs, rides and accesories! But geez I am not satisfied! Hehe. Ada bayak lagi baju lawa2. Biler menang kat game di 'SOCIALIZE'
tu, I still get the same thing! Geram betul.

Nak buat cheat tapi sayang la. Heh. :P

Apsal la dia ni addictive sangat. My fave game in it is the Caribbean Cruise game where you have to cari things from the list dalam gamabar dia kasi tu. WAH best! Dah tahap expert dah. Part yang ni susah tapi skit jer la cos the name akan ukar2 and also the tempat pun akan tukar2. Tapi tetap best.

And bawah tu adalah my clothes collection. Hehe. Seronok part ni lah!

Boleh tukar2 the clothes, shoes, hair and glasses...! Some of them are very rare, like limited collection jer. Hm.



Monday, August 10

Our Sunday

Hey again.

Yesterday, I woke up pretty late. Penat wo pas wedding! Haha. Cam kerja berat la sgt kan... :P

Lala got up and ready... we went to Ikano & The Curve for dinner. Plan nak makan kat Ikea, mak aih ramai btul orang. Tu yang tukar pegi Sushi King tu.

Rayyan sangat baik sebab behaved. Bravo Baby! :D

Pastu masa tgh makan bertembung pulak ngan Ibu Ad, Asilah and Auntie. Hehe. Borak ler. It was good to see them again. Lama la pulak rasa tak jumpa. Suka la pulak Rayyan jumpa ibu Ad, kena dukung - tergelak2.. hehe comels!

Motive ke sana adalah untuk membeli kan Rayyan his first book. Yeay!

Tapi telah menyinggah dulu ke kedai2 baby di The Curve. Sebab nak beli paci baru and breast pad. Tapi dua2 tak jadi. :P

Nyinggah lagi kat kedai depan dia tu. Terbeli, mmg nak beli pun la senang skit ada nih... hooded bath towel. Comels giler. Kedai lain tak comel sgt. Ada pattern duck lah, Eww BURUK! Hahaha

Pastu ke destinasi utama - BORDERS. And yeay we got the book. Ada lagi collection yg kecik2 nak beli tapi this place takde. Baik gi Tropicana City nanti, confirm ada.

"The Very Hungry Caterpillar" by Eric Carle. Apparently this is one of the best baby books of all time! This book is classic and has been translated to many languages. Wow Wie! I also like the drawings! :D

Ini lah hasil tangkapan kami.
Nanti akan uplaod gambar time Rayyan pakai his fishy towel. Heh :P

Sunday, August 9

Dinner, Birthday and Wedding

On Friday nite, I went for a dinner at my office.. A dinner that was organized to celebrate , MAT_RADE's contractors and I went mainly to support Sue for her Karaoke Competition. It was great to see everyone . Including my bosses. Huhu. I gotta say I miss my officemates and also doing events.. yeap, i do! Maybe I was just too tired before, I mean towards my 3rd trimester that I kept swearing about how much work I had. :P

Sadly Sue didnt win but I think she should have. She got a very nice voice! Minah tergedik lompat2 sengau sorang tu pulak yg dpt. Adoi. Takper Sue. Next time. Insyallah. Tak pun kita gi karaoke jom? Haha. I tak pernah layan.

Rayyan pulak dijaga oleh Toksnya. :) He behaved. Slept by the time I balik.

The next day, was Ina's Birthday.

HAPPY BELATED BIRTHDAY, INA CARLOS!

Also ada wedding @ The Legend. It was my childhood fren, Ekka's wedding. It was beautiful. She was beautiful, as always lah.

The theme colour was white. Even AJK suma pun pakai white lah. And I wore my nikah baju. Haha. Amin said it fits me better this time than dulu. Waahh wahh.. hehe. boleh?

Paling best Tun Mahathir attended the wedding too! Oh man, jatuh jantung when I meet him this time. Sadly my second time tapi tak dapat gambar or salam pun. Amin dapat salam.

Mom pulak was incharged to jaga Tun Dr Hasmah. She kan tak berapa kuat nak jalan. But her husband, super kuat. I salute la, he can naik and merenjis lagi. Hehe. Ekka is very lucky :)

I pulak was in charged of the presents. :) Amin di perlukan tk menangkap gambar plak. Hehe.

I was terharu that in the video presentation, ada 2 pictures of me and Ekka. I almost cried. We just had so many memories together lah. Since babies ok. Yes, I am gonna miss those days.

I had a great time. Just a lil cranky coz of the smokers outside of the hall. Takleh nak nafas ok? Perlu menghisap rokok di majlis kawen? Perlu ke menghisap rokok di kawasan yang tertutup dan di penuhi oleh orang ramai? Semenjak preggy I try so much to not get around ciggarate smoke, so dah jadi cam kebiasaan, ada bau rokok.. ala ala ellergic gitu..! Hahaha.. takleh blah kan?

All this while pulak, Rayyan was upstairs with his ONLY uncle, the babysitter. He's done a good job. :) So now I officially have a babysitter that I trust. Yipee! Thanks, An. :)

Anyways, wishing Ekka and Khairul..

CONGRATULATIONS!
May love and happiness be with you always!





Thank you, AminAshaari for the pics! :)

Wednesday, August 5

Rayyan - 1st Polio Jab


Mmg dari awal we had made appoinment to see the doctor in the evening. Coz, it is easier for Amin to come home on time and terus balik after that. Since he had to many meetings and loads of work to do today... he requested that we see the doc in the morning instead.

I checked online (Yes, SDMC u boleh check the doc's clinic schedule) and it says that the paed only have one session today and it is in the MORNING! I checked pulak the appoinment card and it said PM. Aiyoh. Nasib baik la. Apa kes la nurse yg wat date tu. Aish.

This morning pun kami anak beranak bergegas la bersiap. Amin called the hospital to change our appointment. I gave the lil boy a sponge bath, kalau nak mandi tub adoi gigih la mak dia nanti nak rush pagi2 buta kan? Kul 12 kang kuar umah. :P

We got there around 1030 i think. Paling best rupanya my auntie was also there to see another doc at level 7 but we didnt know. :P Dah balik baru la tau. Cesh.

Biler dah sampai our turn, she was happy with Rayyan's growth development. Siap note 'Good' lagi kat his record from kenaikan of his height and weight. Alhamdulillah. Syukur.

Masa time kena jap. As usual his Dad la yang kena pegang and pujuk. I hope this boy will forever be like this, dia pandai membahagikan kasih sayang ok! He's clingy with me, but when he sees his dad he gets all excited. Make full use of the limited time that the Son-Dad have at nite with gelak2 and their games la. Aww. He's such a sweetheart.

Anyways, he as u can see in the pics.. He was ok lah. The first jap he cried the doc picked him up and pujuk and he stopped and again another jab and terus the doc pujuk again. Once kasi balik kat his dad, he just went huhuhu and next minute stopped crying. Weee! Our boy is so strong, proud of you!

Ari ni dia ada amik 2 jab.

One is the 1st DTP & Polio & Hib
Second is the Pneumococcal Conjugate Vaccine which is optional in Malaysia where else kat negara lain dah highest priority dah. It cost RM 280 for this one. Mmg patut la amik. Kesian kalau baby tak amik k. Kalau kena this desease (mintak jauh la kan sesapa pun) boleh permanent hearing lost, brain damage and death. Ok, tak nak kan.

The nurse gave his ubat demam that smells like cotton candy kay. Mesti sedap and he likes it. Masa kasi ubat tu, Amin la citer sbb dia yang bawak, the ubat tu terkeluar skit and kena jari2 dia.. and he stopped and terus la hisap2 his jari non stop. Layan nampak. Pastu dah lalok.

I forgot to bring his Paci Bee, aiyooo.. nasib la dia tak meragam!

Elok jugak dia dpt ubat demam tu, he can sleep longer... kalau tak kesian la tak lama sgt dia tido. :)

Oh his growth measurement

30/05/09
Age : Newborn
Weight : 2.89 kg
Height : 48cm
Head Circumference : 33.5cm

01/07/09
Age : 1 Month
Weight : 4.22kg
Height : 56cm
Head Circumference : 38cm

05/08/09
Age : 2 Month
Weight : 5.34kg
Height : 58cm
Head Circumference : 40cm

Monday, August 3

Baju Raya

Firstly,
CONGRATULATIONS!
...to Farah, One and Naddy on the arrival of their second daughter!
Weeee, I am so happy for her. Doa ibu termakbul :)
No details yet.. I will update soon and even pictre maybe when I go visit them this Wednesday. Insyallah. If my lil boy doing good after his jab! :)

Secondly,

Three of us had a good long weekend. Amin was on leave last Friday as his office ada H1N1 case. He didnt want to take the risk, so decided not to go lah. So three of us spent time together. Mula2 we had lunch with Amin's aunty, Aunty Nyow at her office @ Menara Olympia (I hope I got this right!).. It was her first time meeting Rayyan. It was nice to see her again. We had lovely lunch. And Oh, the food at that place is sooooo good! Me likey!

We then pegi ke Pavilion. Wah nikmat! Hehe. Rayyan wasnt cranky but dah nak balik tu dia rimas skit la.

The baby room at Pavilion is not bad. Ada satu sofa kat situ for Moms to bf, one Sink and a place for changing. I didnt take any picture but the place is clean. So not bad.

On Saturday pulak. Lalalala je. Amin pgi beli nasi lemak. Oish sedap! Pastu he pun did the laundry. In the evening, around 4pm we managed to leave the house and the plan was to tempah baju Raya. I managed to send mine. But the jam to KL was so teruk. Coz byk jalan yg tutup due hmm ISA demo shits. Grrr...

So we went to Tropicana City instead.. Amin found the Peg Perego that he wanted to buy for Lil Rayyan... but, hmm kena hold dulu ya bie.. hehe.. then to toys r us..hmm.. tiada apa yg menarik.. not even the soft toys..! :P

So pergi la ke Carrefour to get the diapers, kononnya sana murah... hmm oklah.. Amin got upset by the end of the shopping session coz byk barang yg dia nak, tapi takde. So we just go pay for things yang ada la... and off we go!

Tapi ke OU pulak to buy dinner. We went to Daves Deli. I makan the Beef sandwich and Amin makan the chicken! Supper Yummy. Tak dilupakan jugak makan Taco. Huhu

Masa kat Taco ada this couple of girls.. beratur belakang I nak bayar. Macam tak nyempat diri belakang I and duit dah kat tangan menghulur kat cashier.. Sekolah ke tak dia nih? Adoi. Pastu I was standing in front of the Taco place, boleh pulak dia dtg tercegat right in front of me... My god, nak kiasu pun.. tolong laah! AS usual, I kesabaran... Amin kept telling me jangan biarkan dorang nih.. go and diri balik depan dia.. hehe.. but I didnt lah.. Yang best nya orang Taco tu did ours first and panggil i! And budak dua ekor tu buat2 borak pulakk.. hahah.. and I purposely nyelit depan dorang yg sempit tu and took my TACO. Wee heee... yes, apabila anda sabar dan tak menganiya orang.. balasannya lebih baik... tak perlu la nak melenting kalau org perli2 kita kot kan... sbb hmm sbb... nanti tahu la Tuhan tu nak berlaku adil... Allah yang Maha Pengadil.

Wahhh... hehe

Then off to our old place sbb nak kena kasi makan the cats... sian dorang...

On Sunday pulak, we all went to Jalan Masjid India.. Wisma Yakin utk buat baju Melayu for the boys... hehe Rayyan punya size takde yg ready made pun... Mmg nak tempah for him. so Abang tu guna yg ready made tapi kecikkan skit utk wat for Rayyan. He tried on pun dah comel...! Geraammm anak sendiri boleh? Heheh

Kita tak tau pulak yang ada PC fair, adoi.. telah meredah KLCC... sbb nak beli wipes brand Pigeon yang sgt best itu. Dulu my mom beli kat sana.. satu pack wipes tu ada 70pcs and dlm satu bundle tu ada 5packs... harga dia cuma RM40 jer... thats cheap for a realy good wet wipes. So Yesterday we found bundle sama tapi ada 6packs with 80pcs in it! and for only RM30! We got 2 bundle la terus.. nak dtg bukan main lagi... The only thing is that, silap beli skit jer... Mom bought the travellers pack which is alot easier! Tapi nah, its ok... yang ni pun sama jer...

Sebelum tu makan pretzels and ingat nak makan Nandos @ KLCC, dah dpt booth yg paling last... tercorok jerr sbb we all bawak stroller... boleh ada staff Nandos KLCC ni pegi halau and told us to sit area yg lain yg ramai giler org tu.. sebab kat tempat we all duduk tu nanti was sempit utk dorang nak serve! Bongokkk! padahal kiri kanan kita takde org ok! Bangsat! Dah la we all tak makan lagi... haha yes marah sbb terlampau bodoh! So we left the place terus... Yang Arab2 menyempitkan laluan masuk tu tak nak plak sound?! Astaghafirullahalazim...

Kalau takde apa nak beli kat sana, plss takyah gi ok? Haha.. The Curve lagi best!

TJ - U tau KLCC ada Ed Hardy kan? Huhu Ingatkan boleh gak singgah... takper next time...

Apa apa pun, Malaysia punya masyarakat nih... bukan saja tak kisah pada OKU yg berada di malls, BABIES in strollers pun dorang wat tak tau.. bagus! Nak duduk kat Japan plsss.. :)


* Inilah kain kami utk berhari raya *
* Rayyan's first time @ Wisma Yakin *
* Rayyan kena measure. So well behaved, senyap jer biler abang and kakak tu ukur dia *