Sunday, January 23

The Tudors

I am such a big fan of movies, stories, history of royalties. Lagi-lagi kalau lah zaman dulu-dulu punya. Tak kisahlah in which period pun. I just love them! Lagi controversial lagi suka. :P

My mom and I, as you know, I am opposite whatever she is. Except for a few things and one of them is, THIS.

In year 1996, our family went for a holiday in London. Maddame Tussauds adalah wajib untuk visit ye dak? :P So we came to the wax of King Henry VIII and all his wives. Then, I didn't know who he was. Overhead mom saying..
[source]
"Ohhh, inilah king yang pacung bini dia..."

Or sumthing like that lah she said. Tapi dalam pemikiranku masa tu, I ingat dia sendiri yang pancung ALL his wives. Since then I was so curious about this King... and I of course, later I completely forgot about it. :P kan best zaman internet macam skang ni... curious je, Google.com lah... Rupanya, bukanlah semua.. tapi dua sahaja.

And when tengok the movie, The Other Boleyn Girl, yang buat I ingat balik...

Oh wow... seronoknya bertambah bila dah mula pulak tengok the series "The Tudors". I so so so love the show. Mula- mula merangkak lah tengok and nak faham. Apakan daya, tgk online saja so takde lah subtitles untuk fahami lebih lanjut.

[ source ]
The Tudors ada 4 seasons altogether. I'm at the final season now.

[ source ] 


Masa tengok Season 1, agak bosan jugak lah. Masih dalam perkenalankan, slow pun iya jugak. At first I tak berapa setuju ngan actress untuk character Queen Catherine of Aragon. But makin lama, jadi suka pulak, sebab memang Queen dan isteri serta ibu yang sejati. Walaupun lah, King tu 'nakal', tapi tanggungjawab dia and kasih sayang dia tak pernah luntur. Antara semua, dialah Queen yang ada style and class. Yelah, she was also a Princess of Spain.

Season 2 would be yang paling interesting, and yes that is the part where Anne Boleyn appeared in King Henry VIII's life. Memporak perandakan macam-macam hal to marry her. Banyak jugak character lain yang interested macam Charles Brandon. Oh wow..! haha. King pun best jugak berlakun. Real.

During Season 3, Tak silap masa ni jugak lah Jane Seymour pun muncul. Dialah telah memberi apa yang King Henry VIII itu mahu, male heir to his throne. Antara Queen paling baik jugak, cuba nak baikkan King with his daughters who he has declared as bastards. Why? Sila tengok cita ni... haha pancing ohhh...!

Remember Joss Stone? She's Anne of Cleves. I like her too. Tapi dia yang paling malang kot, hehe, in a way when the King may have slept with half of England. But not to this Queen. Apparently masa tu, King Henry VIII was suffering from serious infection camtu kat kaki dia. They both couldn't 'do' it. King punya bukannya suka dia in the first place. Lepas divorce, tibanya pula his youngest Queen; Kathryn Howard, which I couldn't stand :P

Dalam Season 4, dia ni pulak I think, paling tak kenang untung :P King asik la senyum, gelak je, byk betul bagi gifts tapi dia lah yang buat hal pulak. Tsk tsk. And the last Queen, who didn't love him whole heartedly, Katherine Parr. But was there for him sehingga akhir hayat. Selanjutnya tak tau lagi bacause belum khatam :)

Nak tgk perbandingan antara the real characters and in the show? Check this out!

Here's an interesting websites of the show, The Tudors
  1. http://www.imdb.com/title/tt0758790/
  2. http://tudorswiki.sho.com/
  3. http://www.cbc.ca/tudors/
More details of the real story and this would be by far my favourite : http://tudorhistory.org/

*PERINGATAN : acehh, siap. 18SX kot The Tudors ni. Don't say I didn't warn you Silalah fast forwardkan sahaja. Tak elok tengok. Buta mata hati. *innocent* 

Friday, January 21

Melepas GRRRRRRam

Today pi Post Office di Ikano... nak Poslaju barang-barang yang tersilap hantar kepadaku.... 

Dah first time pulak nak pakai Poslaju ni, jadi blur-blur sotong lah gitu. So I came in, asked a lady who jaga the ASNB counter yang memang dari tadi kita dah senyum at each other. 

"Poslaju, do I need to get a number?" 

"No need number.. normally they just line up *pointing to a quite long queue*... but I'm not too sure *smiles*" 

Thanked her and made my way to the queue. Arini ramai la pulak drpd selalu... kadang-kadang lalu je takde orang. 

Sampai my turn, rupe-rupenyeee kena isi borang dulu... Ohhh awat tak habaq awai2...? 

Luckily the whole time  Rayyan was in his stroller, in slumberland... 

Filled up the form.. time tu orang Poslaju dah mai bawak stroller IKEA tu untuk angkut barang-barang Poslaju lah. Belum pun 4pm. 

There was a guy at the counter and me stood next to him with all my stuff and the form. Sekali ada awek melayu ni, sudah que diri belakang dia...  

As the guy dah siap with his turn, awek ni dgn muka selamber je boleh terus ke counter... 

Terus la i pegi kat counter tu and said to her

"OBVIOUSLY I KAT SINI DULU KAN....?" 

muka sememeh ketepi and no SAYING SORRY or senyum or anything.. macam pekak je situ...

Ya Allah, berikan perempuan itu adab and perasaan rendah diri... 

I ni kalau slim kot, paham la... nampak tak nampak jer.. ni dah la besar... ngan stroller lagi.. pun tak nampak...? What's wrong cakap bebaik? A simple sorry will do, and I would be friendly balik kat you.. paham la kot tak perasan kan, dah angkut sekeping envelope kecik tu beribu batu, kabur mata jap kot.. I bukannya mintak they say:-

 "Sorry, kak... saya memang bodoh/ mak saya bab ni dia malas nak ajar/ adab saya tertinggal kat toilet tadi/ saya tak reti beratur/ saya nak cepat sangat dah ni tak reti apa dah..." 

Takyah kot. Serious. No need. 

Poslaju ni pulak, mamat yang datang collect barang-barang tu masih tercegat dengan trolley pinjam... tapi my parcel tak di ambil sekali.. it will be in the next collection... hmm.. nasib baik lah tak urgent.. so I could'nt be bothered lah to fight with them.  

Wednesday, January 19

Thursday, January 13

Ya Allah

Ya Allah, Ya Tuhanku...

Kau ampunilah dosa-dosaku. Dosa ibu bapaku, suamiku, adik, anak, saudara, rakan dan seluruh umat Islam di dunia ini, ya Allah!

Kau permudahkanlah urusan kami di dunia ini... Berikanlah kami kekuatan. Berikanlah kami petunjuk dan Hidayahmu, ya Allah. Semoga kami menjadi hambamu yang soleh dan solehah.

Kau perkenankanlah segala doa doa ibu bapaku, suami, adik, saudara dan rakan-rakanku.

Murahkanlah rezeki kami sekeluarga khususnya. Kami bersyukur dengan segalanya yang telah Kau kurniakan. Yang baik mahupun yang buruk.

Semoga Kau berikan kekuatan dan kesabaran utk kami terutamanya ibu bapaku dan suamiku dalam menjalani pekerjaan seharian mereka. Tiada siapa yang pernah kulihat di depan mataku yang bekerja sekuat mereka tanpa pernah mengeluh. Tidak kira masa. Tidak pernah berputus asa mencari rezeki untuk keluarga walaupun mereka sepatutnya patut berehat.

Lindungilah kami daripada gangguan syaitan, lindungilah kami dari niat dan perbuatan buruk daripada mereka yang membenci dan menganiaya.

Ya Allah, jadikanlah aku anak, isteri, ibu, kakak, saudara dan rakan yag baik kepada mereka yag kusayangi. Jauhkanlah aku daripada perasaan benci, marah, cemburu, syak wasangka, dengki dan semua yang hanya menjejaskan hubungan kami. Terutamanya, jadikanlah aku hambaMu yang solehah dan patuh kepada arahanMu dan meninggalkan laranganMu.

Ya Allah, Ya Tuhanku...

Kau jadikanlah Anakku, Anak yang soleh, taat kepada suruhanMu dan ibubapanya. Semoga menjadi anak yang baik, bijak, rajin, tampan, sihat, berbudi pekerti, sabar, hormat dan dihormati, berjaya dan bertanggungjawab atas tugas dan tanggungannya. Mudah-mudahan menjadi seorang yang tidak akan lokek dengan pertolongan, harta dan ilmunya. Jauh sekali menjadi orang yang bongkak, tamak, terlalu mengejar duniawi dan kebendaan. Mintaku supaya aku dapat memberi dan menjadi apa sahaja yang dia perlukan untuk menjadi semua yang ku doakan dan apa yang dia inginkan, InsyaAllah. Moga-moga masa depannya cerah dan digunakan sebaik mungkin.

Ya Tuhanku,
Kau tolonglah panjangkan umur dan kesihatan serta rezeki yang murah kepada mereka yang telah banyak membantu aku dan juga keluargaku. Walaupun sekecil kuman pengorbanan dan pertolongan mereka, hanya Kaulah yang dapat membalas jasa baik yang setimpal.

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Alhamdulillah atas limpah kurniaMu.

Kau ampunilah dosa-dosaku. Dosa ibu bapaku, suamiku, adik, anak, saudara, rakan dan seluruh umat Islam di dunia ini, ya Allah!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 12

Khairul Fahmi

source

Siang tadi pegi layan videos AJL yg berlansung Ahad lepas... tertiba sampai pulak ke show "Gitu gitu Apek" and Siti Nurhaliza was the guest aritst... Dalam segmen dia tu, Siti kekonon dlm acara memasak. Dia masak KueyTeow Goreng... Ya Allah... cam sedap lah dia masak tu... haha walau takde deria bau dan rasa pun kat laptop ni kan... Oleh sebab itu, terus terasa nak makan Kuey Teow Goreng terbaik di PJ... woot woot...

Iaitu di depan FAM, KJ.

Sampai dah pun KTG kami... sekali Penjaga Gol Kebangsaan, Khairul Fahmi pun muncul.. yang pernah dlm Top 5 trending topic di Twitter masa Suzuki Cup arituh..

Perghh... takde lah minat... minat lagi kat Safee kot.. :P hehe not bad gak la dia... dari jauh je tgk, walaupun meja dia kat dpn kita je... Yg best, he mmg ramah je layan peminat yg datang n salam... amik gambar... ada pokcik ni siap lagi panggil borak kat meja dia..Fahmi no hal je join...

Its just nice to see a footballer that we are proud to have and humble :)

Nak amik gambar and say hi but to bad when the time came... we all just segan.. Amin pulak kata takmo nak kacau dia... so lalu je la takde nak say hi pun...

Anyways, I've been reading his gf's blog that many claimed she ngada lah and show off bf lah... but to me, apa salahnya gf dia bangga dgn boyfrennya sendiri...? I would... Untung kot utk Fahmi ni dapat gf yang bangga to be with him...? Ish ish.. jealous kot.. or maybe in some's perception that every footballer kena ada awek or bini hot selim melim?

Dalam blog tu gak, gf dia cerita how thoughtful her bf is.. adouh.. itu yang penting.. appreciate gf/ini... :)

Anyways, here's a video of him dalam game Suzuki Cup Final 2nd Leg... :) Time depa duk selamatkan gol penalti... terbaiklah...


Congratulations again, HARIMAU MALAYA... u did us proud... :)

Im even prouder coz semua goal Malaysia, adalah gol-gol yang sgt cantekkk!

Saturday, January 1

010111


Some binary codes huh? hehe

Wishing you a Happy New Year... May this year brings all the happiness, love, peace, wealth and health to each and everyone of us...

Azam tahun lepas was for me not to be late... yes, I'm always a late comer... hehe but I managed to improve on that... not every event I was early, but better than previous yearssss.. hehe..

Azam tahun baru....?

Right after Rayyan turns 2 years old, I will start DIETING! Woohoo! Good luck to me.. :) Also, will decide whether I will go back to work or not, and if not... I will have to think of what I will do for side income :)

Tahun yang banyak fikir nampaknya... hehe..

My First SPANX!

One of the best things I've ever had! 

I ordered it a month ago, after reading and research all about it. It was also on Oprah's favorite list so, confident tu lebih. 

Biasalah, bila nak pegi ke wedding ala ala glam di hotel, sure la nak look extra fab gitu kan... but kebonjolan di perut mmg susah nak cover. I have been using girdle kind but, it doesn't work that well. It gets roll down and kadang-kadang kena pulak pergi ke ladies room untuk diperbetulkan. Can get a lil bit uncomfortable at times. I am anak dara no more, so I need help! Hehe. 

After much thinking, I've decided to choose this one... 

Slim Cognito Shaping Mid-Thigh Bodysuit

It has 4 removable straps to ikat pada bra so it wont roll down, macam masalah yang selalu kena. So yeay to that... Baca juga yang antara lain, material dia tahan lebih lama an quality yang lebih baik. Itu juga penting sebab nak pakai and simpan lama jadi material dia kena ambil kira. Most of all, cukup dah sifat dia untuk menjaga segala bahagian2 sensitif pada bonjolan yang terlebih sudah... Perut, peha, punggung dan pinggul...


my very own, spanx! 

Cuma baru malam tadi yang berpeluang untuk try test tengok macam mana gayanya... Mmg berbaloi dan berpuas hati... It is sooooo comfortable that macam sedap je tak rasa pun pakai... Kadang2 kalau pakai girdle atau corset, mau tegak je badan, nak makan pun tak lalu dah.. hehe.. But, this one yes, I do walk and sit tall but I did it comfortably... Amin and my mother pun kata works for me, kurang bonjolan yang tak diingini tu. So yeah, I'm happy. :)

I chose this colour sebab senang nak match, and kalau terselak pun, ala ala nampak dan tak nampak je.... hehe..

*Pls click on the link for details*
source
I was also thinking of getting the full bodysuit - Hide & Sleek Slip-Suit, tapi :-

1) Mahal :P 
2) Nak terkucil nanti, makaih... can't imagine!
3) I bukan ratu kebaya pun, nyah... tak perlu la kot...  

But, I am sure it works alot better... :) Kat situ bonjolan pada bra pulak akan terkawal kan... 

source
Jadi, angan-angan next purchase adalah ini....

Bra-llelujah! Minimizer Bra


I works perfectly with my Cognito kan... like a bodysuit dah macam tu... kadang2 bila butang baju blouse, rasa cam nak burst dah kot and I hate it so much.. sebab tak confident jadinya... mana tau tgh tak sedar, betul2 dia tercabut... malu la kot... tapi nanti lah yang ni, tunggu when I am done breastfeeding.. :) 


source
I seriously think every women out there should get one too...! Walaupun dah slim tp Hollywood superstars still wears them...